NAMA: MUHAMAD NOR AZMI BIN MOHD
YUSOFF(JEF 120005)
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI TAHUN 4
TAHUN : 4 BESTARI
TARIKH :
BILANGAN MURID : 35 orang
MASA : 9.00-10.00 pagi
BIDANG KEGIATAN :
Gubahan
dan rekaan
AKTIVITI : Teknik
gosokan
TAJUK : Membuat gubahan buah-buahan dengan
menggunakan teknik gosokan menggunakan duit syiling
MASA : 1JAM
(60 MINIT)
HASIL PEMBELAJARAN:
• Aras 1
v
Memperkenalkan pelbagai jenis
buah-buahan dan namanya.
• Aras 2
v Berfikir
dan berbincang tentang jenis buah-buahan untuk karya yang ingin dihasilkan.
• Aras 3
v Memilih
dan melukis bentuk buah-buahan yang diinginkan pada kertas lukisan.
• Aras 4
v Murid-murid
diperkenalkan dengan teknik gosokan menggunakan syiling.
• Aras 5
v Hasil
karya murid-murid dipamer dan dinilai(diberi markah).
2)
Objektif:
• Meningkatkan
pengetahuan murid-murid tentang jenis dan nama buah-buahan
• Meningkatkan
daya imaginasi dan daya berfikir
• Memperkenalkan
dan memahirkan murid-murid dengan teknik gosokan
• Membantu
menyerlahkan bakat murid-murid melalui karya
• Meningkatkan
kemahiran mencipta karya mengikut kreativiti
3) Aktiviti pengajaran:
• Pada
10 minit pertama, guru akan memberi penerangan tentang buah-buahan dan
demonstrasi teknik gosokan. Setiap murid akan diberikan sehelai kertas, sekotak
pensel warna dan beberapa keping duit syiling pelbagai saiz. Mereka dikehendaki
melukis buah-buahan(bentuk sahaja). Murid-murid bebas untuk memilih dan melukis
pelbagai jenis buah-buahan yang diingini. Setiap orang murid harus mengosok
syiling yang diberi pada kertas lukisan menggunakan pensel warna mengikut
kreativiti dan daya imaginasi setiap individu. Setelah selesai menghasilkan
karya, beberapa orang murid akan dipanggil untuk mempamerkan karya mereka
masing-masing. Akhir sekali, setiap karya murid-murid dikumpulkan dan diberi
markah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan