Sabtu, 25 Mei 2013

REFLEKSI MINGGU KE-13

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pada minggu ini, saya dan rakan-rakan telah ditugaskan untuk membuat refleksi berkaitan dengan masalah-masalah yang kami hadapi sepanjang mengikuti kuliah subjek Pendidikan dan Pengajaran Seni. Sebenarnya ada beberapa masalah yang saya hadapi semasa mengikuti kuliah bersama-sama Dr. Lawrence dan Dr. Zuraidah. Masalah utama yang saya hadapi adalah saya kurang faham mengenai tugasan-tugasan yang diberikan dan terpaksa bertanya beberapa kali dengan rakan-rakan tentang bagaimana untuk menyelesaikannya lalu menyebabkan tugasan yang diberi lambat dihantar. Selain itu, masalah yang saya hadapi semasa mengikuti kuliah adalah saya sukar untuk fokus dalam kuliah kerana kuliah ini melibatkan dua orang pensyarah. Ketika mengikuti kuliah saya sebenarnya faham tentang apa yang telah Dr. ajar tetapi saya sukar untuk mengingatinya kerana terdapat pelbagai istilah dan teori yang Dr. gunakan. Saya juga tidak dapat menghantar tugasan-tugasan dan mengemaskini blog mengikut masa yang Dr. ingini kerana masalah wi-fi internet di kolej kediaman saya. Tambahan lagi, masalah lain yang turut saya hadapi adalah berkaitan dengan giliran kelas antara Dr. dengan Dr. Lawrence, sepatutnya ada jadual waktu yang sistematik untuk kami mengetahui minggu ini pensyarah mana yang mengajar dan minggu depan pula giliran  pensyarah mana.
Kesimpulannya, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi semasa mengikuti kelas subjek P&P Seni, jadi saya ingin meminta jasa baik pihak Dr. dan Dr. Lawrence dalam menyelesaikan masalah-masalah yang saya dan rakan-rakan hadapi. Walaupun ada beberapa masalah sepanjang kuliah tetapi saya dan rakan-rakan sebenarnya seronok mengikuti kuliah Dr. dan Dr. Lawrence kerana kedua-dua memiliki "stail" mengajar yang berbeza. Terima kasih kepada Dr. dan Dr. Lawrence di atas sgla ilmu yang telah dicurahkan kpd kmi slama ini, semoga sgala ilmu y diajar dpt kmi manfaatkn di masa hadapan.
Sekian, terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan