Isnin, 1 April 2013

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE 6

Pada minggu ini, semasa sesi pembelajaran bersama DR.Zuraidah, fokus utama pembelajaran saya dan rakan-rakan sekelas lebih terarah kepada pembelajaran seni visual. Kami telah didedahkan tentang objektif kurikulum seni visual, antara objektif utamanya adalah untuk menjadikan pelajar lebih menghargai keindahan alam ciptaan tuhan, menajamkan daya imaginasi melalui panca indera, dan melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif ,kritis,kreatif serta menyeronokkan. Selain itu, kami turut diajar mengenai tumpuan utama seni visual yang terbahagi kepada empat aspek iaitu pemerhatian aktif,interaksi kritis dan kreatif dengan alat serta bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam hidup. Tambahan lagi, melalui pembelajaran pada minggu ini kami juga telah didedahkan mengenai pelbagai pendekatan, kaedah-kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran seni visual. Berdasarkan apa yang saya fahami, terdapat tiga pendekatan yang diguna pakai semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung iaitu pendekatan tradisi, pendekatan humanistik dan pendekatan behavior. Kesimpulannya, pada minggu ini kami telah diajar dan diberi penerangan berkaitan seni visual iaitu tentang kepentingan,objektif,pendekatan,teknik,kaedah ,tumpuan seni visual dan lain-lain perkara berkaitan dengan dunia seni visual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan