Isnin, 1 April 2013

MAKNA COGNITIVE DEVELOPMENT LEARNING

Merujuk kepada satu teori pembelajaran yang melibatkan proses mentaliti seseorang individu dalam pengetahuan dan pemahaman terhadap sesuatu perkara yang dipelajari serta akan dipelajari. Berdasarkan teori ini, pembelajaran yang dilalui oleh seseorang inidividu sebenarnya merupakan satu proses berfikir dan lebih kepada proses dalaman(mental dan psikologi) yang tidak dapat dinilai dari segi zahir atau lahiriah seseorang individu itu.Teori ini amat menitik beratkan tentang beberapa proses dalam pembelajaran iaitu proses pemerhatian, membuat perbandingan, mengesan, meneliti, menganalisis,berfikir, memahami,mengingati dan menyelesaikan sesuatu masalah atau persoalan. Mengikut teori ini, bahan-bahan pembelajaran perlu di atur dan disusun dari bahagian yang paling mudah ke bahagian yang paling susah agar proses pemahaman seseorang individu itu berjalan dengan lebih teratur serta sistematik. Melalui cara ini juga seseorang individu ataupun pelajar itu akan lebih mudah untuk memahami tentang apa yang diajarkan kepadanya. Menurut teori kognitif ini, seseorang pelajar itu perlu didedahkan dengan pengalaman dan keadaan-keadaan tertentu untuk membolehkan mereka memahami dan mempelajari apa yang dijarkan kepada mereka denga lebih berkesan. Seseorang pendidik yang menggunakan teori ini perlu menyesuaikan apa yang telah diketahui(pengetahuan yang telah dimiliki oleh pelajarnya) dengan pengetahuan yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan