Isnin, 25 Mac 2013
MAKNA "BEHAVIOR LEARNING/PEMBELAJARAN TINGKAH LAKU"
Pembelajaran merupakan satu proses perubahan dalam hidup manusia yang bermula dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan banyak dipengaruhi oleh pengalaman yang dilalui dalam hidup seseorang individu itu. Asasnya, "Behavior Learning" merupakan kaedah pembelajaran yang menumpukan kepada aspek tingkah laku seseorang individu yang boleh dinilai dan diukur. Behavior learning merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh pendidik bagi meningkatkan tingkah laku pelajarnya ke arah lebih baik melalui pelbagai cara seperti memberi dorongan, penghargaan, pujian dan lain-lain. Sebagai contohnya apabila seorang pelajar itu menunjukkan prestasi yang baik semasa pembelajaran, seseorang guru atau pendidik yang memberi hadiah sebagai penghargaan dapat merubah tingkah laku pelajar tersebut untuk menjadi lebih bersemangat untuk belajar. Melalui behavior learning potensi dan bakat yang wujud dalam diri seseorang itu dapat dicungkil serta dipertingkatkan ke satu tahap yang lebih baik. Tambahan lagi, semasa proses ini berlangsung para pendidik bukan sahaja perlu menghargai, memuji dan memberi dorongan tetapi pendidik juga perlu menegur atau memperbetulkan kesilapan yang dilakukan para pelajarnya. Kesimpulannya, "behavior learning" ini amat penting dalam meningkatkan lagi pencapaian pendidik dan pelajar dalam proses pembelajaran. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa tokoh-tokoh yang memperjuangkannya seperti Pavlor dan Watson amat menekankan supaya ianya dipraktikkan oleh para pendidik semasa proses pembelajaran berlangsung
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan